‘Y-Biz Challenge’ diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2012 oleh SME Bank dengan kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dari The Association of Development Financing Institutions in Asia and Pacific (ADFIAP) dengan Plaque of Merit di bawah kategori Tanggungjawab Sosial Korporat pada tahun 2013.

Pertandingan Y-Biz Challenge menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM91,000.00 dalam bentuk tunai. Selain itu, pemenang juga menerima trofi, sijil penyertaan dan juara akan membawa pulang Piala Pusingan SME Bank Y-Biz Challenge dan hadiah khas tiket penerbangan berjumlah RM25,000.00 bagi menyertai mana-mana pertandingan di luar negara.

Pertandingan ini dibuka kepada sekolah - sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pada pusingan awal, peserta akan dinilai berdasarkan kertas cadangan projek mereka. Kumpulan yang terpilih untuk pusingan separuh akhir akan diberi wang modal untuk menghasilkan prototaip produk atau perkhidmatan yang dicipta. Sesi boot camp juga akan diadakan semasa pusingan separuh akhir untuk mendedahkan para pelajar kepada keusahawanan, kemahiran kepimpinan, pengucapan umum dan kreativiti dan inovasi. Pemenang akan diadili berdasarkan pengkomersilan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dan ciri inovasi dan kreativiti dalam rekabentuk, pembungkusan dan ergonomik.

Di sepanjang tempoh pertandingan, SME Bank akan berkongsi ilmu/ maklumat berkenaan keusahawanan sebagai panduan kepada para peserta melalui laman web: www.yoursuccessourstory.com.

Senarai Pemenang :

Tahun 2016
Juara Naib Juara Tempat Ketiga
YBiz 2016 Juara YBiz 2016 Naib Juara YBiz 2016 Tempat Ketiga
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Rawang, Selangor Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah 1, Terengganu Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Sabah
Tahun 2015
Juara Naib Juara Tempat Ketiga
YBiz 2015 Juara YBiz 2015 Naib Juara YBiz 2015 Tempat Ketiga
Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis Madrasah Idrisiah, Perak
Tahun 2014
Juara Naib Juara Tempat Ketiga
YBiz 2014 Juara YBiz 2014 Naib Juara YBiz 2014 Tempat Ketiga
SM Sains Hulu Selangor SMK Maran, Pahang Kolej Vokasional ERT Setapak

Pengkomersilan Produk

Sekolah Produk
Sekolah Menengah Kebangsan Malim, Melaka (Finalis 2013) D’Lapique  - Alas meja yang digunakan di sekolah, tadika dan kantin. Produk terjual adalah lebih dari 18,000 unit.
Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak (Tempat Ketiga 2015) E-Pro Buster - Gel penghalau binatang dan serangga. Terjual lebih dari 31,000 unit. Produk ini dijual di Malaysia, Indonesia dan Brunei.
SM Sains Hulu Selangor, Selangor (Juara 2014) Gummy SEMASHUR - Gam yang dibuat dari polistirena yang dikitar semula. Lebih dari 500 botol telah terjual sejak 2015.
SBP Integrasi Rawang, Rawang, Selangor (Juara 2016) Essential Fan - Kipas tangan beraroma yang dapat mengurangkan migrain dan selsema. Produk ini telah dijual di Dubai dan Thailand.
SMK Tengku Intan Zaharah, Terengganu (Finalis 2016) Pereskia Gel For Eye Treatment  - Merupakan gel untuk rawatan mata yang diperbuat daripada pokok Duri Tujuh (pokok tujuh bilah) bagi membantu memulihkan masalah penglihatan dalam kalangan masyarakat seperti masalah rabun jauh, rabun silau, katarak dan AMD (Age Mocular degeneration).
SMK Sanzac, Sabah (Finalis 2016) Chantek-Sira Soap - Merupakan sejenis sabun yang menggunakan bahan semula jadi bagi mengatasi masalah kulit yang dihadapi oleh golongan remaja dan dewasa.

Pertandingan Peringkat Antarabangsa

Sekolah Anugerah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor. (Juara 2016)
  • Pingat Emas dan Anugerah Khas untuk 6th Bi-Annual International European Women Inventors & Innovators Network Exhibition, Conference and Awards.
  • Pingat Emas untuk 1st  World Invention & Innovation Contest (WIC 2015) di Seoul, Korea
  • Pingat Emas untuk Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2015
  • Pingat Emas untuk Research Innovation Symposium Exposition 2015 (RISE 2015)
  • Pingat Emas untuk The 2nd International Young Inventors Award (IYIA 2015)
  • Pingat Emas untuk Invention, Innovation And Design Exposition 2015 (IDEX 2015)
Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, Sabah. (Juara 2015 & 2013)
  • Pingat Gangsa dan Anugerah Khas dari Romanian Investors Forum dalam Pertandingan Istanbul International Invention Fair (ISIF 2016)
  • Pingat Emas dan Anugerah Khas di dalam European Exhibition of Creativity and Innovation 2014
  • Anugerah Harta Intelek 2014
  • Juara Keseluruhan untuk PUM Convention Sabah
  • TTempat Ketiga bagi Kategori Rekabentuk Booth Pameran di Program Tunas Negara (PROTUNE)
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis. (Pemenang Kedua 2015)
  • Pingat Gangsa, Anugerah Khas dari China, HAG German Award dan Women Inventors Certificate dalam Istanbul International Inventions Fair (ISIF 2016) di Istanbul, Turki
  • Pingat Emas untuk International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-ENVEX) 2016
Sekolah Menengah Daya 2, Johor. (Finalis 2016 & 2015)
  • Pingat Emas untuk International Engineering Invention and Innovation Exhibition (I-ENVEX) 2016
  • Naib Juara bagi Kategori Rekabentuk Booth Pameran di Program Tunas Negara (PROTUNE)
  • Rekabentuk Booth Terbaik di International Biotechnology Competition & Exhibition di Universiti Teknologi Malaysia, 2016
  • Pingat Emas dan Young Inventor Award dari Citizen Innovation, Singapore di Bangkok International Intellectual Property, Innovation and Technology Exposition (IPITEX) 2018
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor. (Juara 2012 & 2014)
  • The Green Environment Award pada 7th EUROINVENT 2015 di Romania.
  • Pingat Emas, Anugerah Khas dan Best Award di International Art Creativity and Engineering Exhibition (I+ACEH)
  • Pingat Emas – Smart Rollator V3 di Research Innovation Symposium Exposition, 2015, UiTM Shah Alam
  • Pingat Emas Kelas F untuk Young Inventor Category di European Exhibition of Creativity and Innovation 2013 di Romania
Sekolah Menengah Maran, Pahang. (Finalis 2013)
  • Pingat Perak di bawah kategori Young Inventor untuk National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014 (iCompEx2014)
Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terangganu, Terengganu. (Finalis 2013)
  • Pingat Emas Kelas F: Proses Pembuatan & Mesin dan Peralatan di international Innovation and Invention (i-ENVEX), Universiti Malaysia Perlis

TAWARAN KAMI

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More
  • MED agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi
  • agensi agensi agensi agensi agensi agensi